arena

Griezmann tamat kemarau jaringan

Oleh Reuters

MADRID: Sepakan gunting Antoine Griezmann membantu Atletico Madrid meraih kemenangan 2-0 ke atas Roma dan menghidupkan peluang mereka untuk mara ke pusingan kelompok 16 terbaik Liga Juara-Juara sebentar tadi.

Penyerang itu menamatkan kemarau jaringannya apabila meledak gol pertama dalam sembilan perlawanan menerusi gol pembukaan pada minit ke-69 sebelum mencipta hantaran untuk Kevin Gameiro sekali gus membalas kritikan ke atasnya susulan prestasi hambar sebelum ini.

Atletico kini ketinggalan dua mata di belakang Roma dan perlu menewaskan pendahulu Kumpulan C, Chelsea pada aksi terakhir di Stamford Bridge sambil mengharapkan Qarabag dapat mencipta kejutan menewaskan Roma di Itali.

Disiarkan pada: November 23, 2017 @ 10:10am
d