arena

'Ozil ni bagus...'

Oleh AFP

LONDON: Arsene Wenger memuji semangat melawan serta skil Mesut Ozil sebagai pemain bola sepak terbaik selepas bintang Jerman itu mempamer aksi cemerlang ketika Arsenal menewaskan Huddersfield Town 5-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Kemenangan ketujuh Gunners daripada tujuh perlawanan di tempat sendiri itu dilakar hasil sumbangan Ozil pada babak kedua yang menjadi mencipta gerakan untuk dua gol sebelum dia menyumbang satu gol dalam tempoh empat minit di Stadium Emirates.

Ozil yang sudah menegaskan akan kekal di Arsenal sehinggalah musim perpindahan Januari tahun depan sekali gus menafikan laporan bahawa Barcelona, Chelsea dan Manchester United berminat untuk mendapatkan pemain perancang itu yang akan tamat kontraknya hujung musim ini, menjadi punca kepada gol Olivier Giroud dan Alexis Sanchez sebelum dia sendiri meledak gol.

Giroud turut menyumbang gol kelima pada separuh masa kedua.

Wenger percaya prestasi cemerlang Ozil adalah berpunca daripada kerja keras pemain berusia 29 tahun itu sendiri termasuklah ketika membantu kelab Utara London itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Tottenham Hotspur, awal bulan ini.

“Ozil berada pada prestasi terbaik dan memenuhi apa yang dimahukan oleh penyokong baik ketika bertemu Spurs dan hari ini.

“Dia tahu bahawa dia adalah pemain terbaik dan menunjukkan karakter melawan.

“Tugas kami adalah untuk memberi motivasi kepada pemain supaya mempunyai semangat melawan yang tinggi. Pada usianya, Ozil sangat matang.

“Saya tidak pasti sama ada dia mengambil kritikan secara positif tetapi majoriti penyokong menyayanginya,” katanya.

Disiarkan pada: November 30, 2017 @ 1:03pm
d