arena

Sepanyol, Portugal diundi bersama

Oleh AFP

KEMPEN Piala Dunia tahun depan bakal menyaksikan pemenang edisi 2010, Sepanyol diundi bersama juara Eropah, Portugal dalam Kumpulan B.

Dua lagi pasukan yang bakal bersaing dengan Sepanyol dan Portugal adalah Maghribi dan Iran.

Tuan Rumah, Russia yang berada dalam Kumpulan A bersama Mesir, Uruguay dan Arab Saudi dijadualkan mengharungi aksi pembukaan menentang wakil Asia itu pada 14 Jun ini.

Perancis, Australia, Peru dan Denmark diundi dalam Kumpulan C.

Lain-lain kumpulan menyaksikan Iceland yang pertama kali layak ke Piala Dunia diundi dalam Kumpulan D bersama Argentina, Croatia dan Nigeria.

Sementara itu, Neymar bakal mengetuai Brazil dalam Kumpulan E menghadapi Switzerland, Costa Rica dan Serbia.

Juara bertahan, Jerman pula bakal memulakan misi mempertahankan kejuaraan menentang Mexico, Sweden dan Korea Selatan selepas kesemua mereka berada dalam Kumpulan F.

Dalam Kumpulan G menyaksikan England bakal mengharungi kempen peringkat awal menentang Belgium, Panama dan Tunisia.

Poland, Senegal, Colombia dan Jepun bakal melengkapkan lapan kumpulan Piala Dunia tahun depan apabila berada dalam Kumpulan H.

Disiarkan pada: December 2, 2017 @ 1:14am
d