arena

Boateng julang Frankfurt

Oleh AFP

PEMAIN tengah Ghana, Kevin-Prince Boateng meledak jaringan kemenangan menakjubkan 10 minit sebelum tamat untuk memastikan kemenangan 2-1 Eintracht Frankfurt berdepan kelab lamannya Hertha Berlin dalam saingan Bundesliga awal pagi tadi.

Dalam saingan diganggu salji dekat Stadium Olimpik Berlin, pemain berusia 30 tahun itu melepaskan sepakan deras dari dalam kotak penalti tanpa dapat diselamatkan penjaga gol Hertha, Rune Jarstein.

Namun pemain kelahiran Berlin tidak meraikan jaringan berkenaan kerana dia memulakan karier di Hertha.

“Saya rasa bagus kerana kami menang, kerana kami ada perlawanan penting selepas ini berdepan Bayern Munich,” kata Boateng dengan Frankfurt akan menanti kehadiran pendahulu Bundesliga itu Sabtu ini.

“Secara peribadi, ia mungkin persembahan paling lemah sepanjang karier saya, jadi saya gembira kami menang.”

Boateng perlu bermain dengan berhati-hati dalam perlawanan tegang itu selepas menerima kad kuning selepas hanya sembilan minit namun jurulatih Frankfurt, Niko Kovac, yang bermain bersama Boateng buat Hertha sedekad lalu terus meletakkan untuk 90 minit permainan.

“Kami bercakap mengenainya ketika rehat, tetapi jurulatih tahu saya ada cukup pengalaman untuk terus bertahan sedikit lagi,” kata Boateng.

Disiarkan pada: December 4, 2017 @ 10:24am
d