arena

Detik emas Las Vegas

Oleh BERNAMA

PASUKAN tenpin boling wanita negara mencipta sejarah apabila menamatkan kemarau 10 tahun untuk meraih pingat emas pada Kejohanan Dunia 2017 di Las Vegas.

Wakil negara terdiri daripada Shalin Zulkifli, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Natasha Roslan menewaskan pasukan Singapura 214-209, 188-177 pada saingan final di South Point Bowling Center.

Mereka sebelum itu mengungguli separuh akhir menewaskan Colombia dengan keputusan 198-207, 248-168, 182-181.

Ia kejayaan kejuaraan kali ketiga selepas pasukan negara memenanginya pada 2003 di Kuala Lumpur dan Monterrey, Mexico pada 2007.

Disiarkan pada: December 4, 2017 @ 3:37pm
d