arena

Trio baru Bos Gaurus

Oleh Azizan Hashim

BEKAS pemain Kelantan Brendan Gan, Norhakim Hassan (T-Team) dan Rafiuddin Roddin (Pulau Pinang) adalah muka baru yang diperkenalkan Perak bagi mengharungi Liga Super 2018.

Trio berkenaan adalah antara 22 pemain yang diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Puhat Mat Nayan dalam sidang akhbar, petang tadi.

Pemain-pemain lain ialah penjaga gol Mohd Hafizul Hakim Nizam Jothy, Khairul Amri Salehuddin, Mohd Shahrul Saad, Amirul Azhan Aznan, Mohamad Idris Ahmad, Nazirul Naim Che Hashim dan Mohamad Nasir Basharudin.

Turut dikekalkan ialah D Kenny Pallraj, Ahmad Khairil Anuar Zamri, Mohd Hafiz Kamal, Mohd Nizad Ayub, Mohd Nazrin Mohd Nawi, Khairul Asyraf Sahizah dan Nasrullah Abdul Aziz .

Turut disenaraikan ialah pemain yang dipinjamkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, Muhamad Syazwan Zaipol Bahari.

Manakala pemain muda Muhammad Rafiq Faeez Fuad, Muhamad Rizal Che Aziz dan penjaga gol muda Mohd Nasrullah Abd Aziz adalah antara yang terpilih.

PAFA juga mengekalkan dua importnya, Leandro Dos Santos Oliveira dan Gilmar Jose Da Silva Filho dan memburu tiga awang import bagi melengkapkan pasukan.

Nama Thiago Junio De Aquino, Shahrom Kalam, Zaquan Adha Abd Razak, Abd Hadi Yahya dan Jasazrin Jamaluddin bagaimanapun tiada dalam senarai kali ini.

Disiarkan pada: December 7, 2017 @ 12:20am
d