arena

Gnabry mahu teruskan momentum

Oleh Reuters

BERLIN: Hoffenheim menetapkan jangkaan tinggi untuk awal musim ini apabila sudah bersedia memberi tentangan layak ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara buat kali pertama.

Pasukan kendalian Julian Nagelsmann itu sudah lama tidak menyertai pertandingan kelab terkemuka Eropah selain turut terkeluar daripada Liga Europa selepas menempuh musim penuh mengecewakan.

Susulan permulaan positif pada awal musim, mereka seterusnya bergelut untuk mengulangi prestasi kemenangan musim lalu apabila mereka menamatkan kempen di tangga keempat - penamat terbaik pernah diraih pasukan itu.

Beberapa siri kecederaan dan kerana penampilan kali pertama Hoffenheim, jelas menambahkan rutin kebiasaan pemain.

Namun selepas membenam pasukan tangga kedua RB Leipzig 4-0 minggu lalu termasuk jaringan jarak jauh Serge Gnabry, ia secara tidak langsung melonjak kelab itu ke tangga kelima ketika ini sekali gus menaikkan semangat mereka untuk berdepan Hanover 96, Ahad ini.

Perlawanan bertemu VfB Stuttgart dan Borussia Dortmund juga akan menyusul sebelum Bundesliga berehat seketika pada pertengahan bulan ini.

“Saya mahu kami mendapatkan tiga mata sebanyak tiga kali,” kata pemain kebangsaan Jerman, Gnabry, pemain yang dipinjamkan dari Bayern Munich musim ini.

“Saya dapat rasakan sesuatu akan menjelma buat kami tahun ini,” katanya.

Minggu ini, Nagelsmann terpaksa memecahkan sesi latihan kepada dua kumpulan.

Pemain muda bersiap sedia untuk aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Europa menentang Ludigorets manakala pasukan utama berlatih berasingan bagi aksi menentang Hanover.

“Kami mahu membawa momentum prestasi daripada perlawanan Sabtu lalu ke perlawanan ini tapi ia juga penting untuk kami bertindak agresif.

“Kami masih boleh memulakan rentak kemenangan untuk tahun ini,” kata Gnabry yang sebelum ini meledak dua gol ketika menentang Leipzig - gol kompetitif pertamanya sejak menyertai kelab itu.

Disiarkan pada: December 7, 2017 @ 2:30pm
d