arena

'Neymar, jom sertai Real...'

Oleh Reuters

MADRID: Presiden Real Madrid Florentino Perez membuka pintunya buat Neymar untuk menyertai skuad juara Eropah itu dengan mendakwa ia akan membantu penyerang itu mencapai cita-citanya.

Neymar menduduki tangga ketiga di belakang Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi untuk anugerah Ballon d’Or awal pagi tadi dan Perez membayangkan satu-satunya cara pemain Brazil itu menamatkan penguasaan kedua-dua pemain terhadap anugerah berkenaan yang berlanjutan sehingga sedekad ialah dengan menyertai Real.

“Lebih mudah menang Ballon d’Or jika berada di Madrid,” kata Perez kepada radio Sepanyol.

“Madrid adalah sebuah kelab yang memberikan pemain hebat segala-galanya yang mereka mahukan. Semua orang tahu saya mahu mendapatkannya.”

Perez cuba membawa masuk Neymar dari Real dari Santos beberapa kali sebelum pemain itu memilih seteru utamanya Barcelona pada 2013.

Dia menikmati kejayaan di Catalonia, membantu Barca menjulang trebel pada 2015 sebelum menyertai Paris St Germain dengan kontrak bernilai rekod dunia iaitu 222 juta euro (RM1.06 bilion) tahun ini.

Neymar, 25, terbabit dengan pertelagahan di padang dengan rakan sepasukan Edisnon Cavani September lalu mengenai siapa yang bakal mengambil penalti dan spekulasi semakin hangat mengatakan dia tidak akan lama di ibu negara Perancis itu.

Disiarkan pada: December 8, 2017 @ 10:50pm
d