arena

Klopp pertahan polisi penggiliran pemain

Oleh AFP

LIVERPOOL: Bos Liverpool, Jurgen Klopp mempertahankan polisi penggiliran pemainnya selepas pertemuan tetangga Merseyside melawan Everton berakhir mengecewakan seri 1-1, awal pagi tadi.

Mohamed Salah meletakkan Liverpool di depan dengan penyudah cantik tetapi Toffees kemudian dianugerah sepakan penalti pada lewat babak kedua apabila Dejan Lovren menjatuhkan Dominic Calvert-Lewin.

Bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney menyempurnakan sepakan penalti berkenaan - gol pertamanya dalam enam penampilan tetangga Merseyside - bagi memastikan skuad kendalian Sam Allardyce berkongsi satu mata di Anfield.

Pada perlawanan itu, Klopp merehatkan dua tonggak Brazil, Philippe Coutinho dan Roberto Firmino di bangku simpanan dan sekali pun dimasukkan pada babak kedua, tiada apa yang dapat dilakukan untuk merubah keputusan.

Pengendali dari Jerman itu berkata dia tetap membuat keputusan yang tepat.

“Pandangan saya sebelum perlawanan, ya. Selepas perlawanan, masih lagi ya,” kata Klopp. “Sekali pun keputusan tidak menunjukkannya. Saya berkata sebelum ini yang kami boleh mengubah perlawanan sebanyak yang mungkin apabila kami menang perlawanan.

“Sekali pun kami tidak menang, saya bertanggungjawab. Saya tiada masalah dengannya. Pemain-pemain yang beraksi berada dalam keadaan cergas dan bekerja keras. Ia adalah perlawanan tetangga dan pertarungan hebat.

“Kami bersedia, kami mencuba segala-galanya. Kami mendapat peluang terbuka. Ada juga peluang yang tipis. Segala-gala yang kamu perlukan. Tetapi jelas pada hari ini ia tidak berlaku. Kami boleh menang 1-0 tetapi ia tidak berlaku.

Allardyce sebelum ini berkata keputusan Kopp merehatkan Coutinho dan Firmino di bangku simpanan meningkatkan psikologi pasukannya.

Disiarkan pada: December 11, 2017 @ 3:06pm
d