arena

AMD Panthers diikat PSG

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

KESILAPAN yang dilakukan pasukan Bawah 14 (B-14) tahun negara, AMD Panthers dihukum apabila sekadar terikat 1-1 menentang Paris Saint Germain (PSG) dalam aksi pembukaan Piala SuperMokh di Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.

Malah lebih perit, jaringan pasukan lawan juga terhasil menerusi gol sendiri pemain negara, Muhammad Akmal Afnan Shahridzan pada minit ke-35, sekali gus menafikan jaringan pembukaan AMD Panthers yang dihasilkan Ziad El Basheer Norhisham seawal minit ke-10.

Ketua Jurulatih AMD Panthers, Mohd Armi Shariff mengakui kelekaan anak buahnya menggembirakan PSG.

“Gol pasukan lawan juga terhasil kerana kesilapan kita daripada segi komunikasi. Malah kita ada beberapa peluang namun ia gagal disempurnakan dengan baik.

“Selain faktor fizikal dan cuaca panas, aspek teknikal pemain PSG juga mengatasi pemain saya. Apa pun, ini satu pendedahan yang bagus buat kami dan masih banyak kerja yang perlu dilakukan,” katanya.

Disiarkan pada: December 13, 2017 @ 1:55pm
d