arena

Tiga pasukan negara ke separuh akhir

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

AKADEMI Mokhtar Dahari (AMD) Malaysia Cougars bawah 12 (B-12) tahun mengetuai dua lagi wakil negara yang layak ke separuh akhir Piala SuperMokh selepas muncul juara Kumpulan B dengan membelasah wakil Qatar, Aspire Academy 8-0, hari ini.

Dua lagi wakil negara yang turut mara dalam kelompok empat terakhir itu ialah AMD Malaysia Cougars B-13 dan B-14 apabila masing-masing menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat kedua.

Dalam saingan separuh akhir B-12 esok, lawan AMD Malaysia Cougars adalah wakil Jepun, Kashima Antlers manakala wakil Perancis, Paris Saint Germain (PSG) bakal menjadi pencabar buat AMD Malaysia Cougars B-13 dan B-14.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu kemampuan AMD Malaysia Cougars B-13 apabila meledak 23 gol dalam tiga aksi kumpulan, namun mereka tewas 1-3 kepada wakil Belanda, AZ Alkmaar dalam aksi terakhir hari ini.

Malah, tumpuan turut terarah kepada skuad B-14 yang membawa misi untuk mempertahankan kejuaraan.

Pengendali AMD Malaysia Cougars B-14, Ahmad Nurfaizal Abdullah berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi anak buahnya selepas menewaskan Gyeongnam FC 6-0, hari ini.

“Daripada segi persembahan hari ini, saya berpuas hati kerana pemain menunjukkan kemahuan mereka untuk menang.

“Selain itu, kita juga cuba kurangkan tekanan ke atas pemain sebagai persediaan menghadapi aksi separuh akhir.

“Walaupun PSG nama besar tetapi saya yakin pemain tidak takut, sebaliknya mereka lebih bersemangat untuk mengejutkan lawan itu,” katanya.

KEPUTUSAN

Bawah 12

Kumpulan A

AMD Malaysia Panthers 5-2 FF South Australia

Sporting CP 0 -0 Kashima Antlers

Kumpulan B

AMD Malaysia Cougars 8-0 Aspire Academy

HNK Hajduk Split 1-2 JJ Football Academy

Bawah 13

Kumpulan A

PSG 2-2 Buriram United

AMD Malaysia Panthers 1-1 Urawa Red Diamond

Kumpulan B

AMD Malaysia Cougars 1-3 AZ Alkmaar

Gyeongnam FC 0-2 FF South Australia

Bawah 14

Kumpulan A

AMD Malaysia Panthers 4-1 Mito Hollyhock

PSG 0-0 Foolad Sepahan

Kumpulan B

AMD Malaysia Cougars 6-0 Gyeongnam FC

Arsenal 1-0 Aspire Academy

Disiarkan pada: December 15, 2017 @ 7:30pm
d