arena

Loeb buat kemunculan semula

Oleh Reuters

Paris: Juara rali dunia sembilan kali, Sebastien Loeb dijadual membuat kemunculan semula pada musim depan apabila bakal menyertai tiga pusingan kejuaraan dunia bersama pasukan Citroen, kata pengeluar kenderaan dari Perancis itu.

Loeb yang berasal dari Perancis dan berusia 43 tahun pernah muncul untuk satu pusingan pada 2015 selepas bersara pada 2012 dan dijadual menyertai tiga pusingan perlumbaan di Mexico, Corsica dan Catalunya musim depan.

“Perasaan yang muncul apabila berada dalam saingan rali saya sifatkan sebagai paling mendebarkan. Saya sangat gembira untuk memandu sebuah jentera WRC terbaru dalam perlumbaan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya tidak mempunyai sebarang sasaran. Saya hanya mahu berseronok.”

Pelumba dari Utara Ireland, Kris Meeke dijadual menyertai 13 perlumbaan musim penuh selaku pemandu utama Citroen manakala Craig Breen (Ireland) hanya 10 pusingan.

Khalid Al Qassimi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dijadual muncul dalam jentera ketiga tatkala dia masih mempunyai komitmen lain termasuk Rali Dakar, Januari ini.

Loeb juga dijadual mengambil bahagian dalam perlumbaan Dakar bersama pasukan Peugeot.

Disiarkan pada: December 22, 2017 @ 10:20am
d