arena

Nishikori tarik diri

Oleh Reuters

Brisbane: Bintang tenis Jepun Kei Nishikori menarik diri daripada kejohanan pembuka tirai, Kejohanan Antarabangsa Brisbane susulan masih dalam pemulihan daripada kecederaan pergelangan tangan, kata penganjur kejohanan itu.

Pemain berusia 27 tahun itu yang berada di ranking kesembilan dunia sebelum mengalami kecederan pada akhir musim menjelang Masters Cincinnati pada Ogos dan tidak dapat beraksi lebih empat bulan dan jatuh ke tangga ke-22.

Nishikori bulan lalu memilih rawatan pemulihan berbanding pembedahan untuk memulihkan kecederaan dan meletakkan sasaran kembali ke Brisbane sebelum menduduki tangga kedua awal tahun ini iaitu kejohanan pemanas badan sebelum Terbuka Australia.

“Saya kecewa terlepas aksi di Brisbane tahun ini. Sejak bertahun lamanya ia menjadi kejohanan pertama saya sepanjang musim dan ia bagaikan rumah sendiri,” Nishikori dilaporkan berkata di laman Twitter rasmi kejohanan itu.

Nishikori di antara beberapa pemain ternama yang terpaksa menamatkan kempen musim lalu lebih awal berikutan kecederaan termasuk Andy Murray, Novak Djokovic dan pemain Switzerland Stan Wawrinka.

Juara terbuka Amerika Syarikat Sloane Stephens turut menarik diri daripada acara tenis wanita di Pusat Tenis Queensland susulan kecederaan lutut.

Kejohanan Antarabangsa Brisbane akan diadakan dari 31 Disember hingga 7 Januari depan.

Disiarkan pada: December 24, 2017 @ 5:22am
d