arena

Mourinho berang pertahanan United umpama 'budak-budak'

Oleh AFP

Leicester: Jose Mourinho berang dengan sikap ‘kebudak-budakan’ dipamerkan bintang Manchester United apabila melepaskan jaringan penyamaan yang menyaksikan mereka terikat 2-2 dengan pasukan beraksi 10 pemain, Leicester City, di di sini, semalam.

Selepas ketinggalan menerusi jaringan Jamie Vardy, United berjaya bangkit untuk mendahului perlawanan hasil dua jaringan Juan Mata, namun pasukan tuan rumah memuktamadkan keputusan seri menerusi jaringan saat akhir Harry Maguire.

United kini ketinggalan 13 mata di belakang City dan Mourinho jelas berang dengan kegopohan pertahanan pasukan terutamanya di saat akhir selain beberapa siri penyudah yang hambar.

“Kami tidak menang kerana terlepas beberapa peluang yang terhidang. Saya akan kata ia sebagai peluang berjenaka,” kata Mourinho.

“Kami melakukan kesilapan besar terutamanya daripada sudut pertahanan dalam perlawanan yang mudah untuk dimenangi. Saya bercakap kepada pemain pada babak pertama ketika terikat 1-1 yang ini adalah perlawanan mudah untuk dimenangi.

“Kami dihukum dengan kesilapan dilakukan. Hilang posisi dengan begitu mudah sekali. Mereka seperti kebudak-budakan di dalam petak lawan dan juga sendiri.”

Perlawanan itu adalah tambahan kekecewaan buat Mourinho selepas mereka dimalukan pasukan di divisyen kedua, Bristol City dalam saingan suku akhir Piala Liga, pertengahan minggu ini.

Ditanya mengenai perasaannya selepas satu lagi kekalahan, Mourinho berkata: “Saya rasa hebat. Realitinya, seri 2-2. Sebagai pengurus, sudah tentu kamu berasa marah dan daripada sudut lain, berada hebat sebagai seorang lelaki.

“Ia satu perlawanan mudah untuk dimenangi, kami melakukan segala-galanya untuk menang tetapi kamu melepaskan peluang besar ini.”

Disiarkan pada: December 25, 2017 @ 1:48am
d