arena

Bautista Agut uji Djokovic

Oleh AFP

ABU DHABI: Bekas pemain nombor satu dunia dan pemenang major sebanyak 12 kali, Novak Djokovic bakal bertemu Roberto Bautista Agut pada aksi pertamanya dalam tempoh enam bulan di Kejohanan Dunia Mubadala, di sini, hari ini.

Bautista Agut yang juga pemain nombor 20 dunia dari Sepanyol, dijadual bertemu Djokovic selepas menewaskan pemain muda Russia, Andrey Rublev 7-5, 6-2, semalam.

Djokovic tidak bermain sejak menarik diri pada pusingan suku akhir di Wimbledon ketika menentang Tomas Berdych pada Julai lalu berikutan kecederaan siku.

Pemain berumur 30 tahun itu bakal membuat kemunculan semula hari ini sebelum memulakan kempen kompetitif sebagai pemain pilihan utama di Terbuka Qatar pada minggu hadapan.

Bautista Agut, 29, mengambil peluang terhadap kelemahan pukulan Rublev untuk memastikan kemenangan dalam masa 88 minit.

“Rasa seronok apabila Novak kembali ke gelanggang semula – buat semua, tenis, kami semua,” kata pemain itu.

“Saya gembira dapat bermain menentangnya. Saya bermain perlawanan yang sukar ketika bertemunya dan sering kali seronok bermain menentang Novak.”

Bautista Agut memenangi hanya satu daripada tujuh pertemuan menentang Dojokovic dan kini berada di ranking ke-12 dunia.

Disiarkan pada: December 29, 2017 @ 12:10pm
d