arena

Juventus terus himpit Napoli

Oleh AFP

Milan: Dua gol sumbangan Paulo Dybala memastikan Juventus terus menekan pendahulu Serie A, Napoli yang hanya berkelebihan satu mata di depan selepas membenam cabaran Verona 3-1 sekali gus menjarakkan kedudukan dengan tiga pasukan di belakang, AC Milan, AS Roma dan Lazio.

Napoli yang menang 1-0 ke atas Crotone awal pagi kelmarin memimpin carta liga dengan 48 mata daripada 19 aksi setakat ini.

Tonggak tengah Juventus, Blaise Matuidi tidak menunggu lama untuk meletakkan pelawat di depan seawal minit keenam sebelum tuan rumah bangkit mengikat kedudukan 1-1 hasil sentuhan Martin Caceres di minit ke-59.

Bagaimanapun, pelawat yang hadir dengan status juara bertahan kembali memimpin aksi menerusi dua gol Dyabala pada minit ke-72 dan 77 sekali gus menyaksikan dirinya kini merekodkan 14 gol dalam kempen liga.

“Kami sedar ia bukan satu persembahan terbaik kami,” kata jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri.

Disiarkan pada: January 1, 2018 @ 9:43am
d