arena

Durahim Jamaluddin meninggal dunia

Oleh Amir Mamat

BEKAS pemain bola sepak kebangsaan, Durahim Jamaluddin, 36, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Melaka 2.50 pagi, hari ini, akibat serangan jantung.

Terdahulu, Allahyarham mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Melaka.

Allahyarham pernah menyarung jersi kebangsaan pada 2005, selain mewakili beberapa pasukan termasuk Melaka, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelab Proton sebelum menyertai pasukan terakhirnya, Perlis pada 2013.

Durahim, meninggalkan isteri, Noorfarahliyana Yusoff, 30 dan dua anak, Dhia Isabella, 3 dan Noah Isaac, setahun.

Jenazahnya dimandi, dikafan dan disembahyangkan di rumah keluarganya di Kampung Merlimau Barat, yang diketuai Imam 1 Masjid Ar-Rahim Merlimau, Mohd Jelani Jaafar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Merlimau, Jasin, 12 tengah hari tadi.

Hadir memberi penghormatan terakhir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Roslan Ahmad, ahli keluarga serta sahabat handai Allahyarham.

Disiarkan pada: January 2, 2018 @ 3:01pm
d