arena

Salah idam tambah koleksi

Oleh AFP

ACCRA: Bintang Liverpool, Mohamed Salah berharap dapat memenangi anugerah Pemain Terbaik Afrika di Ghana esok sekali gus terus menambah koleksi kejayaan peribadi.

Bintang Mesir yang menjaringkan 23 gol di semua kejohanan pada pertengahan musim pertama di Anfield sudah dinobatkan Pemain Terbaik Afrika oleh BBC dan Pemain Terbaik Arab.

Salah bersama rakan sepasukan di Liverpool, Sadio Mane dari Senegal dan Pierre-Emerick Aubameyang (Borussia Dortmund) adalah calon untuk anugerah tertinggi bagi kategori individu di Afrika itu.

Salah menjadi pilihan orang awam serta media untuk mengatasi bintang Algeria, Riyad Mahrez dari Leicester City sebagai pemain bola sepak nombor satu Afrika.

“Saya mahu menjadi pemain terbaik sepanjang zaman Mesir,” kata Salah selepas menerim anugerah itu bulan lalu.

“Apabila saya tiba di Liverpool, saya harap dapat membuktikan kemampuan kepada semua pihak. Saya dapat menjaringkan banyak gol ketika di Roma dan sangat gembira dapat mencipta kejayaan di Liverpool,” katanya.

Salah dan Mane akan meninggalkan Accra selepas majlis anugerah itu bagi menyertai Liverpool menghadapi pusingan ketiga Piala FA bertemu Everton.

Bagaimanapun, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak keberatan untuk memberi kelonggaran kepada dua bintang Afrika itu.

“Ia sebagai menghormati mereka. Kami tidur di hotel dan mereka pula di dalam kapal terbang. Hanya itu perbezaannya,” katanya. – AFP

Disiarkan pada: January 3, 2018 @ 10:43pm
d