arena

Bavaria, Paderborn rebut slot separuh akhir

Oleh AFP

BERLIN: Sesudah menyingkirkan pencabar Bundesliga, RB Leipzig dan penyandang juara Borussia Dortmund dalam dua pusingan awal, Bayern Munich kini berdepan pasukan divisyen tiga Paderborn susulan undian suku akhir Piala Jerman, awal pagi tadi.

Paderborn beraksi di Bundesliga pada musim 2014-15 namun kini menghuni tangga kedua dalam divisyen tiga. Mereka pasukan tunggal daripada luar liga utama yang masih meneruskan cabaran dalam pertandingan piala.

Schalke, yang ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu Bayern di tangga kedua Bundesliga, akan menanti kunjungan Wolfsburg.

Undian suku akhir Piala Jerman:

Eintracht Frankfurt mln Mainz

Bayer Leverkusen mln Werder Bremen

Paderborn mln Bayern Munich

Schalke mln Wolfsburg

- Perlawanan pada 6/7 Februari

Disiarkan pada: January 8, 2018 @ 5:43am
d