arena

Anderson ke PKNS FC?

Oleh Mohd Fitrie Muhammad

BEKAS pemain import Kedah, Zac Anderson dikatakan bakal kembali ke Malaysia, namun kali ini dipercayai beralih angin dengan memilih haluan untuk akan memperkuatkan pasukan Liga Super, PKNS FC.

Sekeping gambar seseorang individu yang dimuatnaik dalam laman sosial Facebook PKNS FC sebentar tadi menguatkan lagi spekulasi pemain kelahiran Queensland, Australia bakal menyarung jersi skuad Semut Merah.

Gambar berkenaan menunjukkan daripada arah belakang, seorang lelaki sedang sedang memerhatikan sesi latihan pasukan PKNS FC di tepi padang dan mengukuhkan lagi spekulasi itu, kelab berkenaan itu menaikkan keterangan gambar “Seseorang telah tiba”.

Bagaimanapun, berdasarkan reaksi peminat bola sepak tempatan di laman sosial, mereka seolah-olah sudah dapat meneka siapa individu berkenaan terutamanya penyokong Kedah yang pasti lebih mengenali pemain berkenaan.

“Senang betul nak cam Zac Anderson ni. Huhuhu,” kata seorang pengguna Facebook, Amin Zulkarnain.

“Zac player import paling frenly (peramah) dengan penyokong kedah,” kata Muhamad Shahril Ramlee Yen .

“Wowww zac anderson ex kedah ni..hehehe,” kata Putera Bendang.

Ketika bersama Kedah, Anderson cukup disayangi penyokong skuad Helang Merah ketika pemain itu muncul antara watak penting buat pasukan menjulang Piala FA, naib juara Piala Malaysia dan menduduki tangga keempat Liga Super.

Disiarkan pada: January 8, 2018 @ 11:50pm
d