arena

Erry dapat lampu hijau ganti Hafifi

Oleh Farah Azharie

MUHAMMAD Erry Hidayat mendapat ‘lampu hijau’ untuk menggantikan Hafifi Mansor untuk ke Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, menjadikan keseluruhan 176 atlet bakal bawa cabaran negara.

Penyertaan anak bekas pemenang pingat emas Sukan SEA 1997 itu disahkan oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar.

“Ada berlaku perubahan daripada segi jumlah atlet, kini menjadi 176 orang (penambahan seorang).

“Erry Hidayat yang sebelum ini menunggu kelulusan daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sudah pun mendapat lampu hijau, hari ini,” katanya.

Sementara itu, Tunku Imran juga mendedahkan seramai 551 atlet disenaraikan untuk Sukan Asia namun menjangkakan jumlah itu akan berkurangan menjelang Mac dan April ini.

“Saya tidak harapkan lebih daripada 500 kerana kami lihat lebih kepada potensi. Ia akan dimuktamadkan pada Mac atau pun April ini.”

Disiarkan pada: January 9, 2018 @ 10:01pm
d