arena

Suarez, Coutinho kembali bergabung

Oleh AFP

BARCELONA: Selepas melengkapkan perpindahan ke Barcelona, Philippe Coutinho menemui rakan sepasukan baharunya buat kali pertama.

“Selamat datang kawan @Phil_Coutinho, betapa sesuatu yang hebat untuk kembali berada dalam satu pasukan dengan kamu,” kata Luis Suarez menerusi laman sosial Twitter miliknya berserta sekeping gambar bersama Coutinho di padang latihan di Sant-Joan Despi.

Kedua-dua pemain itu dirakam memakai jersi latihan sedang tersenyum, sambil menunjukkan isyarat bagus.

“Banyak kejayaan di peringkat baharu, kami akan capai semua itu bersama-sama,” tambah Suarez.

Coutinho yang menandatangani kontrak sehingga 2023 pernah bermain bersama Suarez di Liverpool sebelum bintang Uruguay itu berpindah ke Barcelona pada 2014.

Bagaimanapun Coutinho tidak menyertai latihan Barcelona dan terpaksa menunggu sehingga hujung bulan ini kerana dihimpit kecederaan paha dan dijangka akan diturunkan ketika aksi menentang Alaves 28 Januari ini.

Disiarkan pada: January 10, 2018 @ 1:11am
d