arena

Nazim tekad menyerlah di Burriram

Oleh Zulfaizan Mansor

PELUMBA negara, Nazim Azman menyasarkan untuk mengulangi kejayaan yang diraih dalam Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia tahun lalu apabila bersaing dalam pusingan ketiga FIA Formula 4 Kejohanan Asia Tenggara (F4 SEA) di Buriram, Thailand esok.

Nazim menjadi pilihan selepas melakar kejayaan dalam pusingan pembukaan F4 SEA yang diadakan sebagai perlumbaan sokongan untuk Grand Prix F1 Malaysia yang berlangsung Oktober, lalu.

“Saya tidak sabar untuk bersaing pada perlumbaan di Thailand hujung minggu ini. Sudah lama saya nantikannya sejak menyertai Formula 4 dan saya sangat teruja untuk kembali semula,” kata Nazim.

Nazim yang terlepas aksi pusingan kedua kerana komitmen lain akan bersaing dalam perlumbaan yang mendebarkan hujung minggu ini membabitkan enam perlumbaan.

Selain Nazim, pelumba lain yang dijangka mendapat perhatian peminat adalah Kane Shepherd yang muncul juara pada pusingan kedua di Filipina.

Kane sudah lima kali menaiki podium F4 SEA daripada 11 perlumbaan yang berlangsung setakat ini, sekali gus membuktikan dia pelumba yang perlu diberi perhatian.

Perlumbaan hujung minggu ini pasti menjanjikan kehebatan dan debaran kerana bakal menampilkan pertarungan sengit antara pelumba terbaik Asia yang memburu kejuaraan di Thailand.

Disiarkan pada: January 12, 2018 @ 10:25pm
d