arena

Wenger sedia lepaskan Sanchez

Oleh AFP

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui Alexis Sanchez boleh meninggalkan kelab itu bulan ini sekiranya dia boleh membawa masuk penggantinya ketika dia bersedia menghadapi hidup selepas ketiadaan pemain antarabangsa Chile itu.

Manchester City dan Manchester United masing-masing dikatakan mahu menandatangani penyerang itu yang akan tamat kontrak pada penghujung kempen dan dia kini mungkin akan menghadapi perlawanan terakhir bersama Gunners berdepan Bournemouth esok.

Wenger dikaitkan dengan penyerang Bordeaux dari Brazil, Malcom dan Thomas Lemar dari Monaco sebagai pengganti Sanchez.

Ketika ditanya wartawan sama ada Sanchez akan kekal di Arsenal jika tiada pengganti dibawa masuk, Wenger berkata: “Anda membuat andaian dengan sangat baik.”

“Alexis ialah pemain bola sepak yang menakjubkan, dia pemain berkelas dunia dan jika dia (meninggalkan kelab) kami perlu mencari keseimbangan yang berbeza dalam pasukan,” katanya.

Bos Arsenal itu berkata: “Saya banyak berbincang mengenainya dan kami bercakap mengenai mereka yang selalu melihat anda dengan halus ketika anda berada dalam kontrak jangka pendek, tetapi saya tidak pernah mempersoalkan tingkah lakunya ketika berada di padang.

“Alexis mahu menang. Apabila dia menunjukkan rasa kecewa, ia kerana kami tidak menang.”

Wenger, yang akan melengkapkan penggantung tiga perlawanan di Bournemouth, merasakan kunjungan ke pantai selatan itu penting ketika dia akan kembali ke liga selepas kekecewaan pada Piala FA berdepan Nottingham Forest Ahad lalu selain seri tanpa jaringan di Chelsea pada separuh akhir Piala Liga, Rabu lalu.

Arsenal berkedudukan keenam Liga Perdana dan bertarung dengan kelompok depan dan Liga Europa untuk ke Liga Juara-Juara musim depan. Empat tempat teratas layak ke Liga Juara-Juara.

“Sudah tentu perlawanan seperti ini amat penting,” kata pengendali dari Perancis itu. “Kami sedikit terganggu dengan saingan merebut piala tetapi kini kami perlu kembali ke Liga Perdana. Ia perlawanan yang sangat besar.”

Disiarkan pada: January 13, 2018 @ 11:25am
d