arena

Tuah isteri julang Paisley

Oleh Reuters

JOHANNESBURG: Pemain golf England Chris Paisley mencatat enam birdie dengan 66 di bawah par untuk menjulang kejuaraan sulung Jelajah Eropah apabila menjuarai Terbuka Afrika Selatan di Kelab Golf Glendower, dekat Johannesburg hari ini.

Paisley, 31, menamatkan saingan dengan 21 di bawah par keseluruhan, tiga pukulan mengatasi pemain tuan rumah Branden Grace (68), pemain nombor 30 dunia dan pemain dengan ranking tertinggi dalam kejohanan itu.

Paisley sekali lagi mempamerkan aksi konsisten, dengan isterinya Keri bertindak sebagai kedi minggu ini menggantikan kedi sebenar yang masih bercuti.

Dia hanya ketinggalan tiga pukulan dalam tempoh empat hari dan memperbaiki pencapaian Jelajah Eropah sebelum ini di tangga ketiga di Kejohanan Antarabangsa BMW 2015.

“Sejujurnya, saya sukar mempercayainya,” kata Paisley selepas majlis penyampaian trofi.

“Saya bermain dengan baik dan penuh kesungguhan. Sejujurnya saya tidak sangka mampu bermain sebaik ini.”

Paisley meluahkan penghargaan ke atas isterinya, yang kali pertama membantu membawa begnya.

“Sukar untuk saya katakan betapa hebat tugas yang dilakukannya sepanjang minggu. Ini minggu pertamanya sebagai kedi dan dia tidak melakukan kesilapan. Saya terhutang budi kepadanya.”

Disiarkan pada: January 14, 2018 @ 11:28pm
d