arena

Hilangnya legenda Baggies

Oleh Daily Mail

BEKAS penyerang Coventry dan West Bromwich, Cyrille Regis meninggal dunia pada usia 59 akibat serangan jantung, semalam.

Regis membuat 614 penampilan liga sepanjang 19 tahun karier profesional dan memiliki lima kap antarabangsa bersama skuad England.

Regis dipilih selaku wira West Brom sepanjang zaman menerusi satu undian peminat bolasepak pada 2004.

Persatuan Pemain Bolasepak Profesional mengumumkan berita itu, hari ini dan mengirimkan Twitter daripada akaun rasmi: 'Seorang ‘gentleman’ sebenar dan legenda, dia akan terus diingati. Simpati kami terhadap keluarga dan rakan rakannya.'

Regis dilahirkan di French Guiana pada Februari 1958 tetapi berhijrah ke London bersama keluarganya ketika berusia lima tahun.

Kehadirannya dalam dunia bolasepak bukan selaku pemain remaja ranking kelab profesional sebaliknya bakatnya dikesan pengerusi kelab bukan liga Surrey (Athenian League), Molesey.

West Brom mengikat kontrak Regis dengan nilai £5,000 (RM27,000) pada Mei 1977 malah tampil cemerlang meledak dua gol menentang Rotherham dalam Piala Liga pada September tahun sama.

Secara keseluruhan, Regis beraksi sebanyak 301 kali untuk The Baggies, menjaringkan 112 gol antara 1977 dan 1984 selepas memulakan karier profesional bersama kelab itu.

Disiarkan pada: January 15, 2018 @ 5:57pm
d