arena

FAM ucap tahniah

Oleh Syafiq Aznan

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) melontarkan penghargaan terhadap skuad negara dan barisan kejurulatihan selepas berjaya mengesahkan tempat ke suku akhir Kejohanan AFC B-23, malam tadi.

Badan induk bola sepak negara itu menzahirkan kegembiraan berkongsi kejayaan itu menerusi satu kenyataan di akaun Facebook rasminya, hari ini.

“Tahniah dan syabas buat pemain dan barisan kejurulatihan skuad B-23 kebangsaan,” kata FAM menerusi kenyataan itu.

Terdahulu, skuad negara membuat kejutan terbesar pada kejohanan yang menampilkan pasukan terbaik benua Asia itu apabila menewaskan naib juara 2013, Arab Saudi 1-0 di Stadium Kunshan.

Kemenangan itu membolehkan anak buah Datuk Ong Kim Swee mencipta sejarah mara ke suku akhir pada penyertaan sulung kejohanan itu selepas muncul naib juara Kumpulan C untuk mengiringi Iraq yang menewaskan Jordan 1-0 dalam satu lagi aksi di Stadium Changshu.

Disiarkan pada: January 17, 2018 @ 2:24pm
d