arena

Pogba tayang Rolls Royce baru

Oleh Daily Mail

BIARPUN gaji Paul Pogba diatasi oleh Alexis Sanchez sebagai pemain berpendapatan paling tinggi di Manchester United namun ia tidak menghalangnya berbelanja sebanyak £250,000 (RM1.4 juta) membeli sebuah Rolls Royce Wraith.

Pemain berusia 24 tahun itu dilihat memandu kereta mewah berwarna hitam itu ke pusat latihan United di Carrington.

Malah dia turut disertai oleh rakan sepasukan Romelu Lukaku yang juga memiliki Rolls Royce Ghost.

Pemain Perancis itu turut mengirimkan foto itu ke Instagram untuk menunjukkan gaya hidup mewahnya dengan bermain pool di kediaman mewahnya di Cheshire.

Pogba memiliki rekod terbaik hantaran menyumbang kepada jaringan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan sembilan lorongan sepanjang 13 perlawanan musim ini.

Dia berpindah ke rumah lima bilik berharga £2.9 juta pound (RM16 juta) itu pada Februari 2017.

Rumahnya itu memiliki kemewahan termasuk kolam renang boleh dipanaskan, sauna dan bilik media sendiri.

Kereta Rolls Royce Wraith digunakan Pogba mempunyai kuasa enjin 6.6L V12 turbo berkembar yang mampu mencapai kelajuan 155 bsj (250 kmh) dengan pecutan 0-100 kmh dalam masa empat saat.

Disiarkan pada: January 19, 2018 @ 5:15pm
d