arena

Van Persie sah ke Feyenoord

Oleh AFP

THE HAGUE, Belanda: Penjaring gol terbanyak Belanda, Robin van Persie akan melengkapkan perjanjian untuk menyertai Feyenoord dari kelab Turki, Fenerbahce minggu depan, kata kelab berpangkalan di Rotterdam itu, semalam.

“Robin van Persie akan menandatangani kontrak dengan Feyenoord pada Isnin,” kata kelab gergasi Belanda itu dalam satu kenyataan sekali gus memberi petanda jelas penyerang itu akan kembali ke kelab yang pernah disertainya ketika remaja.

“Tiada sebarang halangan bagi kepulangan semula pemain yang sudah membuat 102 penampilan untuk skuad kebangsaan itu ke De Kuip (Stadium Feyenoord).”

Kelab itu turut menambah bekas kapten Arsenal berusia 34 tahun itu sudah “mencapai persetujuan dengan kelabnya ketika ini, Fenerbahce mengenai penyelesaian membabitkan penamatan kontraknya.”

Bekas penyerang Manchester United itu turut kembali dipanggil menyertai skuad kebangsaan Belanda pada Ogos lalu sekali pun kali terakhir dia menyarung jersi berkenaan adalah pada 2015.

Kepulangan semula Van Persie adalah sebagai usaha untuk menguatkan semula Feyenoord yang dibimbing Giovanni van Bronckhorst dan penyandang juara liga Belanda, Eredivisie yang ketika ini tercicir ke tangga kelima liga. - AFP

Disiarkan pada: January 20, 2018 @ 7:51am
d