arena

Sanchez semakin pasti milik MU

Oleh Reuters

LONDON: Dalam tempoh 48 jam, pemain Manchester United, Henrikh Mkhitaryan dijangka menjalani ujian kesihatan bersama Arsenal sekali gus memungkinkan perpindahan Alexis Sanchez.

Sanchez terlepas aksi ketika Arsenal menang 4-1 ke atas Crystal Palace sambil pengurus Gunners, Arsene Wenger berkata penghijrahan bintang Chile itu bergantung kepada perkembangan Mkhitaryan.

“Perpindahan Sanchez hanya akan berlaku jika Mkhitaryan datang ke sini. Sebab itu ia mengambil masa yang lama,” Kata Wenger.

“Saya jangkakan ia akan berlaku. Dalam tempoh 48 jam ini ia akan diputuskan.”

Mkhitaryan menyertai United dari Borussia Dortmund pada 2016 namun kehadirannya tidak disenangi oleh pengendali Red Devil, Jose Mourinho apabila sepanjang musim ini bintang Armenia itu langsung tidak pernah menghabiskan tempoh 90 minit permainan.

Disiarkan pada: January 21, 2018 @ 9:25am
d