arena

Sanchez ditakdirkan bersama United

Oleh Daily Mail

SESETENGAH pemain dilahirkan untuk bermain bersama Manchester United dan Alexis Sanchez adalah seorang daripada mereka.

Dia boleh menangani tekanan yang menjadi sebahagian cabaran berada bersama kelab itu, menurut kata pengulas sukan Mail Online, Jamie Redknapp.

Sanchez adalah seorang pahlawan yang dianugerahkan bakat semulajadi yang hebat.

Dia seorang penyudah di dalam kotak yang sememangnya wujud untuk menghasilkan jaringan.

Dua tahun lalu, dia dalam kalangan penyerang terbaik di Eropah tetapi musim ini dia kelihatan tidak menikmati detik itu beraksi bersama Arsenal.

Dia akan menyertai kelab membariskan pemain handalan seperti Romelu Lukaku, Paul Pogba dan David de Gea.

Dengan skuad diperkuatkan dengan pemain berstatus bintang, Manchester United bakal menjadi kuasa utama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk beberapa tahun lagi.

Peminat juga pastikan sukakannya.

Manchester United memiliki tradisi bahagian serangan yang meledak, dan menarik. Etika Sanchez yang tidak mudah menyerah kalah terbukti ketika perlawanan mahu pun sesi latihan.

Ya, dia dibayar wang yang banyak tetapi itu realiti dunia bolasepak sekarang.

Apapun, Sanchez adalah pemain berbaloi untuk berada di United dalam segenap sudut.

Sanchez akan menerima gaji sebanyak £400,000 pound dan £500,000 pound (RM2.1 juta- RM2.7 juta) seminggu sebelum cukai berhijrah ke Old Trafford menurut beberapa akhbar Britain seperti The Sun, the Daily Telegraph dan akhbar lain.

Disiarkan pada: January 22, 2018 @ 1:36pm
d