arena

Bida Kane RM1.09 bilion mengarut!

Oleh AFP

SOUTHAMPTON, United Kingdom: Mauricio Pochettino menafikan spekulasi berhubung bidaan £200 juta (RM1.09 bilion) Real Madrid untuk mendapatkan Harry Kane selepas penyerang England itu menjaringkan gol ke-99 Liga Perdana Inggeris sewaktu seri 1-1 dengan Southampton.

“Saya tidak akan bercakap mengenai khabar angin kerana jika saya memberi maklumat terhadap satu khabar angin, saya perlu melakukannya pada semua sidang media. Bukan masalah saya untuk bercakap mengenai khabar angin,” katanya.

Pochettino berkata beliau tidak menjangkakan akan membeli pemain baru bulan ini selepas pasukannya terlepas peluang kembali menyertai kelompok empat teratas apabila berjaya dikekang Southampton.

“Saya tidak bimbang mengenainya. Saya sedar bahawa sukar untuk meningkatkan kualiti pasukan buat masa ini. Jika sesuatu berlaku dan mungkin keadaannya sesuai untuk membeli pemain jadi mungkin saya akan berbuat demikian. Saya bersikap tenang.”

Persiapan Spurs diganggu virus selesema yang menyaksikan Hugo Lloris dan Christian Eriksen tidak dapat diturunkan.

“Beberapa pemain dijangkiti minggu lalu tetapi ia bukan alasan,” kata beliau.

“Saya fikir perlawanan berlangsung dengan adil. Pujian penuh perlu diberikan kepada Southampton kerana mereka berjuang dan bermain dengan baik. Pada akhirnya, jika anda menganalisa perlawanan ini, ia satu keputusan yang adil.

“Sudah tentulah keadaan padang tetapi membantu kami tetapi keadaan sama buat kedua-dua pasukan.”

Disiarkan pada: January 22, 2018 @ 2:27pm
d