arena

Henry tak suruh Sanchez ke United

BEKAS penyerang handalan Arsenal, Thierry Henry menafikan menghasut Alexis Sanchez meninggalkan Gunners untuk menyertai Manchester United.

Sanchez menyertai United, kelmarin secara pertukaran dengan Henrikh Mkhitaryan mengakui ada berbual dengan pemain Perancis itu.

"Apabila saya mengingat semula perbualan saya dengan Henry bertukar kelab atas alasan sama dan hari ini tiba pula giliran saya," kata Sanchez menulis di Instagram.

Henry menyertai Barcelona pada 2007 memberi reaksi, semalam, mengatakan: "Bila masa? Saya tidak pernah memberitahu Alexis Sanchez supaya meninggalkan Arsenal."

Memberi maklum balas kepada kritikan itu, penjaring terbanyak Arsenal itu menambah dalam Twitternya: "Saya tidak ada sebarang idea dia (Sanchez) akan mengikat kontrak bersama Man Utd sehinggalah saya mendapat tahu melalui berita seperti anda semua."

Henry, 40, berhijrah ke Nou Camp selepas lapan musim bersama Arsenal dengan nilai £16.1 juta pound (RM86 juta) sebelum memenangi dua gelaran Liga Sepanyol (La Liga) dan Liga Juara Juara (UCL) bersama kelab Catalan itu.

Sanchez, 29, yang juga penyerang berbisa Chile hampir menyertai Manchester City pada musim panas lalu menandatangani kontrak selama empat setengah tahun bersama United dengan gaji £14 juta pound (RM77 juta) setahun selepas cukai.

Disiarkan pada: January 24, 2018 @ 12:33pm
d