arena

Penolong jurulatih Bournemouth disaman polis

Oleh Mirror

PENOLONG jurulatih kelab Bournemouth beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) Jason Tindall disaman oleh polis kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Dia ditahan selepas dikesan oleh seorang polis yang menyamar di Dorset City.

Akhbar Mirror mendedahkan ramai pemandu negara itu masih tidak mematuhi undang undang menggunakan telefon ketika memandu kenderaan di jalan raya.

Tindall, 40, adalah antara 24 pemandu ditahan polis Dorset kerana melakukan kesalahan itu.

Dia dikenakan surat saman notis penalti, berdepan enam mata ditolak daripada lesen memandu dan denda sebanyak £200 pound (RM1,100).

Bagaimanapun dia menafikan menggunakan telefon bimbit dan berhasrat mencabar denda dikenakan itu di mahkamah.

Tindall ditahan dalam operasi mingguan membanteras penggunaan telefon bimbit ketika memandu.

Disiarkan pada: January 24, 2018 @ 5:41pm
d