arena

Alves terlepas tiga aksi PSG

Oleh AFP

PARIS: Pertahanan Paris Saint-Germain Dani Alves digantung tiga perlawanan oleh Liga Perancis (LFP) selepas dia dibuang padang ketika menentang Lyon hujung minggu lalu.

Alves dilayangkan kad merah pada awal separuh masa kedua yang menyaksikan PSG tewas 1-2 di Lyon kerana membantah keputusan pengadil dan jawatankuasa disiplin LFP yang bersidang hari ini, menggantungnya sebanyak tiga perlawanan termasuk perlawanan keempat yang digantung buat masa ini.

Pemain veteran Brazil itu dijangka terlepas aksi di laman sendiri menentang Montpellier awal pagi Ahad, separuh akhir Piala Liga di Rennes awal pagi Rabu dan kunjungan ke Lille, 3 Februari ini.

PSG ketika ini lapan mata mengatasi Lyon di puncak Ligue 1.

Disiarkan pada: January 26, 2018 @ 8:36am
d