arena

Brek buat Alonso ketakutan

Oleh Planet F1

FERNANDO Alonso mengakui ‘sedikit takut’ apabila brek kereta Ligier LMP2 dipandu mengalami kegagalan sewaktu bertarung dalam perlumbaan 24 Jam Daytona.

Juara dunia kali Formula Satu (F1) itu beraksi bersama dua rakan sepasukan, Lando Norris dan Phil Hanson menamatkan saingan di tempat ke-13 kelas mereka dan 38 keseluruhan dalam perlumbaan tahan lasak itu, semalam.

Trio itu ketinggalan 90 pusingan di belakang pemenang selepas mengalami tayar bocor dan brek gagal berfungsi.

Insiden berlaku ketika Alonso memecut sebelum kereta dipandu berpusing di Selekoh 1.

“Saya memang berasa takut sedikit, tiada keraguan mengenai perkara itu,” katanya kepada media.

“Apabila tiba di selekoh pertama, ia berlaku dua kali dan ketika itu saya sedang berada pada kelajuan 300-310kph sebelum menekan brek tetapi brek tiada!.

“Saya bernasib baik kerana litar ini mempunyai jalan pintas. Pemandangan waktu malam tidak bagus dan berada hampir dengan tembok tayar. Keadaan menyebabkan keadaan menjadi lebih menakutkan!

“Apapun itulah hakikatnya. Saya kemudian cuba membawa kereta kembali semula ke garaj untuk dibaiki.”

Biarpun berdepan masalah itu, Alonso berkata dia menikmati keseluruhan pengalaman bertarung dalam Daytona.

Disiarkan pada: January 29, 2018 @ 7:05pm
d