arena

PBNP hargai penyokong

Oleh Asrol Awang

BAGI menghargai penyokong setia skuad Tok Gajah, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) menurunkan harga tiket sebanyak RM2 bagi perlawanan Liga Super musim ini.

Setiausaha Agung PBNP, Norlia Abd Manaf berkata, ia adalah inisiatif PBNP kepada penyokong yang selama ini hadir memberi sokongan padu kepada skuad itu.

Katanya, persatuan itu juga akan menilai dan mengumumkan harga tiket membabitkan perlawanan Piala FA dan Piala Malaysia.

“Oleh itu, harga tiket bagi semua perlawanan Liga Super musim ini di Stadium Darul Makmur diturunkan sebanyak RM2 manakala harga tiket Piala FA dan Piala Malaysia akan diumumkan nanti,” katanya.

Justeru, harga tiket membabitkan perlawanan Liga Super musim 2018 adalah RM23 untuk grandstand, RM13 (berbumbung), RM10 (terbuka) dan RM6 (kanak-kanak). PBNP turut menyediakan kaunter jualan tiket khas untuk golongan wanita.

Disiarkan pada: January 31, 2018 @ 10:36am
d