arena

Pahang mahu tebus hampa

Oleh Asrol Awang

Kuantan: Skuad Pahang yang gagal mengutip tiga mata pada perlawanan pertama Liga Super bakal tampil lebih kemas apabila bertemu PKNS FC di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pemain tengah Tok Gajah, Safuwan Baharudin berkata, kegagalan beraksi pada tahap meyakinkan ketika seri tanpa jaringan dengan Perak diharap ditebus pada aksi kedua liga itu.

“Kami akan mempamerkan persembahan meyakinkan pada perlawanan kedua bertemu PKNS FC dan saya sendiri akan melakukan yang lebih baik. “Perlawanan kedua ini juga akan mematangkan corak permainan kami terutama dari segi persefahaman,” kata pemain Singapura itu.

Pada penampilan pertama bersama skuad Tok Gajah, Safuwan mahu memastikan skuad itu beroleh kejayaan membanggakan terutama menjulang kejuaraan.

“Ini kerana Fandi Ahmad yang pernah bersama Pahang pernah meninggalkan sejarah buat Pahang dan saya juga mahu melakukannya.

Katanya, impiannya bersama skuad Pahang juga boleh tercapai dan ia memberi motivasi kepadanya untuk mengecapi kejayaan seperti dilakukan Fandi.

“Justeru, dengan kepercayaan yang diberi pengurusan dan jurulatih (Dollah salleh), saya berusaha untuk beraksi pada tahap terbaik,” kata pemain berumur 27 tahun itu.

Disiarkan pada: February 7, 2018 @ 9:28am
d