arena

Ini yang Liverpool mahu...

Oleh Il Romanista/Goal

ROMA meletakkan harga yang tinggi sekiranya ada kelab berminat mendapatkan penjaga gawang mereka dari Brazil, Alisson.

Mana mana kelab berpotensi mendapatkan tandatangan pemain terbabit perlu membayar nilai yang tinggi untuk perpindahan musim panas.

Alisson menjadi sasaran kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dianggap sebagai ‘Lionel Messi penjaga gol’ berada pada harga melebihi €50j (RM242 juta) menurut jurulatih Roma, Roberto Negrisolo.

Pemain antarabangsa Brazil itu menjadi komoditi hangat selepas beraksi cemerlang menyinar bersama kelabnya dan negara.

Malah ketika Jurgen Klopp mencari penjaga gawang untuk jendela perpindahan, Anfield dikatakan menjadi destinasi kemungkinan dituju oleh pemain berjambang berusia 25 tahun itu.

Gergasi Perancis, Paris Saint-Germain juga dikatakan berminat mendapatkannya tetapi kelab terbabit turut diberi peringatan mereka perlu membayar harga tinggi untuk mendapatkan khidmatnya.

Negrisolo juga yang bekas jurulatih penjaga gol Roma memberitahu Il Romanista mengenai bintang Amerika Selatan itu: “Adakah Alisson bernilai €50j? Jangan jadi bodoh, nilainya lebih tinggi daripada itu.

“Saya tidak rasa ramai mengenali Alisson. Pemain ini fenomena. Dia adalah nombor satu dalam kalangan nombor satu. Dia adalah Messi penjaga gol kerana dia memiliki mentaliti sama seperti Messi. Dia adalah penjaga gol yang boleh menandakan satu era pencapaian”.

Disiarkan pada: February 7, 2018 @ 1:53pm
d