arena

Ronaldo bikin PSG terkedu

CRISTIANO Ronaldo meledak dua kali ketika Real Madrid bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Paris Saint-Germain (PSG), 3-1 pada aksi pertama kelompok 16, Liga Juara-Juara di sini, sebentar tadi.

Adrien Rabiot meletakkan PSG di depan pada minit ke-33 sebelum Ronaldo menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti di penghujung babak pertama yang juga jaringan ke-100 buat dirinya untuk Real bagi pertandingan berkenaan.

Kapten Portugal itu kemudian menjaringkan gol kedua pada minit ke-83 sebelum Marcelo menambah satu lagi tiga minit kemudian.

Aksi kedua dijadual berlangsung di Paris pada 6 Mac ini. - AFP

Disiarkan pada: February 15, 2018 @ 6:58am
d