arena

OLAK sasar perbaiki kedudukan

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Old La Sallians Asociation of Klang (OLAK) yakin mencapai kedudukan lebih baik dalam Liga Hoki Remaja musim ini.

Keyakinan itu berdasarkan fakta buat kali pertama dalam masa 23 tahun OLAK beraksi dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) dan 15 pemain tersenarai dalam liga yang bermula 3 Mac ini.

OLAK yang beraksi dalam Divisyen Satu LHM sekadar menduduki tempat keenam daripada tujuh pasukan namun skuad muda itu mampu mencapai tiga keputusan seri termasuk 3-3 menentang Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Tahun lalu OLAK menduduki tempat kelapan daripada 10 pasukan bertanding.

“Sudah tentu kami mahu mencapai keputusan lebih baik musim ini kerana 15 pemain yang beraksi di MHL juga layak beraksi di JHL. Pengalaman diperoleh di peringkat senior mampu meningkatkan prestasi mereka, ” kata pengurus pasukan OLAK, Joseph De Silva.

Ketika ini, 30 pemain dari seluruh negara menjalani ujian pemilihan di Stadium Pandamaran, Klang dengan kemudahan pengangkutan disediakan. Mereka dilatih bekas pemain hoki kebangsaan S Sivabalan dan Paul Raj.

OLAK bukan asing dalam sukan hoki apabila melahirkan beberapa pemain kebangsaan seperti Amin Rahim, Roslan Jamaluddin, Redzuan Ponirin dan Madzli Ikmar.

OLAK sudah biasa dengan LHJ kerana sudah menyertainya sejak 1995.

Disiarkan pada: February 16, 2018 @ 10:29am
d