arena

Wigan kejutkan City

Oleh AFP

WIGAN: Usaha Pep Guardiola memenangi empat kejuaraan bersama Manchester City berakhir dengan kontroversi apabila mereka tewas 1-0 di tangan pasukan divisyen tiga, Wigan pada pusingan kelima Piala FA sebentar tadi.

Pada pertemuan seperti ulangan final Piala FA 2013 dengan pemain City dibuang padang sebelum tewas kepada Wigan, pemain skuad kendalian Guardiola, Fabian Delph juga dibuang padang dalam saingan panas sebelum gol minit ke-79 menjadi penentu perlawanan.

Saingan malam itu bagaimanapun dicemari dengan penyokong Wigan memasuki padang dengan beberapa orang daripada mereka berdepan pemain City sehingga penyerang Sergio Aguero terpaksa mempertahankan diri.

Sebelum itu drama bermula apabila pemain antarabangsa Ireland Utara, Grigg yang mengambil peluang selepas kesilapan Kyle Walker – yang membolehkan lorongan kepada pemain Wigan itu – dan mengatasi John Stones sebelum meledak dari dalam kotak penalti.

Ia adalah kekalahan kedua City sejak tewas pada separuh akhir Piala FA kepada Arsenal April tahun lalu ketika lawan mereka itu tidak sabar menantikan saingan suku akhir di laman sendiri bertemu Southampton.

Saat penting tiba ketika masa kecederaan babak pertama apabila Delph melakukan kekasaran terhadap pemain Wigan, Max Power, menyebabkan pengadil Anthony Taylor melayangkan kad kuning sebelum menukar fikiran dan memberikan kad merah.

Ia membuatkan pemain City berang dan mengelilingi pengadil dan perbalahan itu merebak ke bahagian teknikal dengan Sergio Aguero terpaksa ditarik Guardiola apabila dia mula bertengkar dengan jurulatih Wigan.

Senario itu bertambah teruk dengan kamera televisyen menunjukkan Guardiola dan pengurus Wigan, Paul Cook bertengkar di terowong pemain sebelum dipisahkan kakitangan perlawanan.

Disiarkan pada: February 20, 2018 @ 7:32am
d