arena

Boateng buru kejohanan Eropah

Oleh AFP

BERLIN: Kevin-Prince Boateng meledak jaringan buat Eintracht Frankfurt ketika menang 2-1 mengatasi RB Leipzig awal pagi tadi dalam perlawanan dibayangi protes berikutan pengenalan perlawanan pada Isnin dalam Bundesliga.

Frankfurt menukar defisit 1-0 kepada kemenangan 2-1 dalam tempoh empat minit babak pertama, memastikan kemenangan mengatasi enam pencabar utama dan mendaki ke kedudukan ketiga liga.

“Kami mahu terus kekal di atas,” kata Boateng kepada Eurosport. “Jika kami ke Eropah, ia akan menjadi musim yang menakjubkan.”

Selepas memulakan minggu ini di tangga kedua, Leipzig kini jatuh ke kedudukan kelima.

Perlawanan itu adalah yang pertama daripada lima pertemuan pada Isnin yang dijadualkan musim ini, pembaharuan yang menyebabkan kritikan teruk daripada pelbagai kumpulan seluruh Jerman.

Sepak mula lewat empat minit ketika penyokong Frankfurt tidak dibenarkan masuk antara tempat duduk dan papan iklan untuk mengadakan protes.

“Sebagai kelab Bundesliga, kami perlu menerima perkara ini dan berdepan budaya protes,” kata lembaga pengarah Frankfurt, Axel Hellmann kepada stesen televisyen, Hessische Rundfunk sebelum perlawanan.

Kain rentang juga dipamerkan “Eintracht tidak mahu Isnin” dan “tindakan jalanan mahu mengembalikan bola sepak.”

Disiarkan pada: February 20, 2018 @ 9:41am
d