arena

Guardiola terima kekalahan

Oleh Reuters

WIGAN: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola enggan menyalahkan pemainnya selepas pasukan pendahulu Liga Perdana itu bermain 10 orang pada babak pertama dan tersingkir daripada Piala FA di tangan kelab divisyen tiga, Wigan Athletic.

Kekalahan 0-1 pada pusingan kelima pagi tadi di Stadium DW, ulangan final 2012-13 yang dimenangi Wigan ketika skuad Latics itu berada di kelas utama, menamatkan harapan City mencipta kejayaan liga seterusnya empat kejuaraan musim ini.

“Tahniah buat Wigan kerana layak,” kata Guardiola kepada radio BBC.

“Kami sudah lakukan apa saja, kami membuat kesilapan dan perlawanan ini seperti final. OK, kami terima kekalahan ini,” kata pengurus dari Sepanyol itu.

“Wigan menang, tahniah kepada mereka dan kami berehat untuk bersedia menghadapi final Piala Liga.”

City akan menentang Arsenal pada final yang akan berlangsung di Wembley Ahad depan.

Pasukan pilihan itu menentang lawan yang sedang berusaha naik taraf dari League One dengan City sentiasa bimbang dengan reputasi Wigan sebagai ‘pasukan kejutan’ dalam kejohanan tertua dunia itu.

Selain menewaskan mereka pada final 2013, Wigan juga menyingkirkan mereka pada suku akhir peringkat kumpulan di Stadium Etihad semusim selepas itu ketika City sedang mengejar gelaran liga di bawah kendalian Manuel Pellegrini.

Disiarkan pada: February 20, 2018 @ 9:47am
d