arena

Woods kembali cari rentak

TIGER Woods berkata dia masih cuba melakukan pengubahsuaian untuk ke saingan Honda Classic, tatkala bekas pemain nombor satu dunia itu akan melengkapkan minggu buat kali pertama sejak 2015.

Woods tidak berlatih pada PGA National minggu ini, sebaliknya berlatih menyelesaikan isu menyebabkan dia gagal melepasi cut di Riviera minggu lalu dalam permulaan kedua 2018 selepas setahun tidak bermain berikutan pembedahan belakang.

"Ia bukanlah hari yang bagus pada Jumaat, dan lebih penting saya tidak melakukan putt dengan sangat bagus," kata Woods, 42, selepas bermain pada kejohanan pro-am hari ini.

"Saya melakukan kesilapan pada sembilan lubang terakhir - tiga tiga putt - jadi saya perlu memperbaiki putt kerana saya sudah kembali setiap hari."

Bagi Woods, minggu ini menandakan permulaan pertamanya di Honda Classic, acara di tempat kelahirannya sejak dia menarik diri daripada pusingan akhir 2014 kerana kecederaan belakang selepas melakukan lima atas par selepas 13 lubang.

Namun juara major 14 kali itu kini sudah tidak merasai sakit dalam dua kejohanan permulaan musim dan meraikan kepulangan semula ke kejohanan kompetitif.

"Saya kembali merasai bagaimana bermain dalam kejohanan golf, ketika semua pukulan diambil kira," kata Woods.

"Saya tidak sabar untuk kembali memikirkan di mana saya perlu meletakkan bola, melihat kembali ramalan cuaca. Sebelum ini, anda di rumah dan siapa peduli sama ada angin akan datang atau apa ramalan untuk beberapa hari lagi?

“Tetapi saya kini bermain dalam kejohanan golf, saya kembali mengikut rentaknya. Saya merinduinya dan semakin biasa dengannya." - REUTERS

Disiarkan pada: February 22, 2018 @ 11:19am
d