arena

AC Milan masih berbisa

Oleh Reuters

MILAN: Bekas juara Eropah, AC Milan menghantar isyarat kepada lawan betapa mereka masih sebuah pasukan berbisa apabila membenam AS Roma 2-0 dalam saingan Serie A, di sini pagi tadi. 

Dua gol masing-masing dijaringkan Patrick Cutrone dan Davide Calabria menyaksikan Milan, yang juga juara 18 kali mendaki ke tangga ketujuh dengan 44 mata daripada 26 perlawanan, namun ketinggalan tujuh mata di belakang Inter yang bakal ditemui minggu depan.

Kekalahan itu menyaksikan Roma berdepan kekecewaan untuk kekal kelompok empat teratas dan kekal bersaing dalam Liga Juara-Juara apabila tergelincir di tangga kelima.

Babak kedua bertukar rentak apabila Cutrone merembat gol pertama Milan sejurus tiga minit bersambung selepas menerima umpanan daripada bekas sayap Liverpool, Suso.

Penjaga gol Roma, Alisson Becker bagaimanapun berjaya menyelamat dua cubaan bahaya daripada Nikola Kalinic dan Franck Yannick Kessie tetapi akhirnya tewas apabila pertahanan Milan, Calabria menjaringkan gol pertama peribadinya.

Pemain berusia 21 tahun itu memperdaya Alisson sejurus melepasi kekangan Kalinic untuk merakamkan kemenangan Milan.

Kekalahan itu juga menyaksikan Roma diejek penyokong selepas gagal menyempurnakan peluang yang terhidang.

Disiarkan pada: February 26, 2018 @ 9:56am
d