arena

Saya minat kendali Arsenal: Henry

THIERRY Henry berkata, menjadi 'impiannya' untuk membimbing Arsenal selepas melihat Manchester City memenangi Piala Carabao, awal pagi tadi.

Arsene Wenger sekali lagi berdepan kritikan pedas selepas The Gunners tampil dengan persembahan longlai ketika tewas 0-3 kepada City dalam aksi final di Wembley menerusi jaringan Sergio Aguero, Vincent Kompany dan David Silva.

Kontrak Wenger masih berbaki sehingga 2019, tetapi spekulasi mengatakan beliau mungkin melepaskan jawatannya di akhir musim sekiranya Arsenal gagal meraih slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Henry yang bertugas sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan Belgium, berkata kepada Sky Sports: "Saya masih mempunyai tugas bersama Belgium.

“Tetapi saya masih bersama Belgium. Berminat? Ya, Siapa yang tidak minat?

"Tetapi saya tidak boleh bercakap mengenainya kerana perlu menghormati pengurus sedia ada dan tugasan saya kini adalah bersama Belgium."

Henry sempat menjadi penolong jurulatih skuad Bawah-18 tahun Arsenal musim lalu tetapi meninggalkan tugasnya selepas Wenger menjelaskan beliau tidak boleh melakukan dua tugas - jurulatih dan pengkritik sukan - dalam satu masa. – Agensi

Disiarkan pada: February 26, 2018 @ 10:17pm
d