arena

'Paling tidak tempat kedua'

Oleh Reuters

London: Penamat di tempat kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah keputusan ‘minimum’ untuk Manchester United, kata pertahanan Chris Smalling.

Kemenangan 2-1 ke atas penyandang juara, Chelsea pada Ahad lalu menyaksikan United mengembalikan kelebihan 13 mata di depan pendahulu, Manchester City yang kurang satu aksi berbaki 10 perlawanan dalam kempen musim ini.

Ketika skuad kendalian Jose Mourinho menjadi calon pilihan untuk menamatkan saingan di tangga kedua, kejatuhan prestasi membenarkan pencabar mereka merapatkan jurang dengan Liverpool di tangga ketiga hanya dibezakan dengan dua mata.

Manakala Tottenham Hotspur di tangga keempat hanya dipisahkan dengan empat mata.

“Saya fikir jelas kami adalah pasukan kedua sejak lama dulu dan itu perlu menjadi penamat paling minimum untuk kami,” Smalling kepada media British.

“Memikirkan yang kami perlu bertemu Liverpool di laman sendiri, saya fikir kami mempunyai kelebihan yang besar. Jika kami boleh menjarakkan diri kami daripada Chelsea, Liverpool dan terus meningkat, saya fikir kami boleh melakukannya.

“Tetapi saya fikir ia adalah sasaran kami yang pertama dan paling penting.”

Chelsea yang ketika ini berada di tangga kelima ketinggalan enam mata di belakang United yang kali terakhir menamatkan saingan di kelompok tiga terbaik di bawah kendalian Alex Ferguson pada 2013.

United berkunjung ke Crystal Palace, awal pagi Selasa minggu depan sebelum mengharungi perlawanan penting dengan Liverpool pada 10 Mac dan Smalling percaya kemenangan ke atas Chelsea serta beraksi di Old Trafford memberikan mereka kelebihan.

“Saya fikir kami mampu untuk menewaskan pencabar kami, ia sama seperti enam mata disebabkan betapa rapat kedudukan kami,” kata pemain kebangsaan England itu. “Keyakinan sedang menggunung, dan kami bersedia untuk aksi berikutnya.

“Ia adalah perlawanan yang besar dan saya fikir disebabkan kami akan bertemu banyak pencabar utama di laman sendiri, ia akan menjadi faktor yang utama kerana prestasi baik kami di tempat sendiri.”

Disiarkan pada: February 28, 2018 @ 4:35am
d