arena

Peluang terakhir Wenger

Oleh AFP

LONDON: Arsene Wenger memiliki satu peluang terakhir untuk menyelamatkan tahun paling teruk Arsenal dan potensi menyelamatkan kerjayanya apabila bos Gunners itu akan berdepan AC Milan pada saingan Liga Europa awal pagi Jumaat ini.

Wenger melalui kempen yang buruk seterusnya mengancam bagi pengakhiran 22 tahun pengurus dari Perancis itu bersama kelab utara London itu.

Bergelut dengan lapan kekalahan daripada 13 perlawanan, Arsenal diatasi Manchester City dalam final Piala Liga dan menyaksikan usaha mempertahankan Piala FA berakhir apabila tewas di tangan pasukan divisyen dua, Nottingham Forest.

Kekalahan 2-1 kepada Brighton Ahad lalu adalah kekalahan keempat berturut-turut buat Arsenal dalam semua kejohanan menyebabkan skuad Wenger ketinggalan 13 mata di belakang empat pasukan teratas Liga Perdana dan 33 mata di belakang pendahulu, City.

Penyokong Arsenal yang berang melaungkan “kami mahu Wenger keluar” ketika pertemuan dengan Brighton.

Walaupun kritikan terhadap pengendali berusia 68 tahun itu bukanlah sesuatu yang baharu, namun ia sudah sampai ke tahap penurunan Arsenal menjadi semakin buruk.

Sokongan buat Wenger menurun dengan dramatik dengan 88 peratus ahli Arsenal Supporters’ Trust’s 1,000 Isnin lalu mengundi supaya kontraknya ditamatkan pada penghujung musim.

“Maklum balas terhadap kajian kami menunjukkan rasa sayang dan hormat yang besar buat Arsene namun ada pandangan dia tidak mampu lagi membawa Arsenal ke depan,” kata jurucakap AST.

“Mesej kami kepada kelab ialah mereka perlu proaktif dan membuat keputusan segera.”

Ia pastinya menjadi penyudah perit buat Wenger, yang sekian lama digelar sebagai pengurus paling hebat kelab itu namun berdepan bahaya meninggalkannya dengan imej tercemar.

Disiarkan pada: March 7, 2018 @ 12:04pm
d