arena

'Farkhan KO kan Jamed'

Oleh BERNAMA

PETINJU profesional negara, Muhammad Farkhan Haron terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila memenangi tali pinggang kategori Cruiserweight pada Kejohanan Cruiserweight Persekutuan Tinju Asia (ABF) di Manila, semalam.

Bekas petinju kebangsaan kelahiran Johor itu menewaskan wakil Indonesia, Jamed Jalarante menerusi kiraan ‘KO’ (Technical Knockout) pada pusingan keenam pertarungan, demikian menurut laman Facebook rasmi Johor Darul Ta’zim - Johor Southern Tigers.

Kejayaan terbaru itu menyaksikan anak kepada bekas petinju negara, Allahyarham Mohd Haron Ismail, melebarkan rekod kemenangan dalam karier profesionalnya kepada enam perlawanan tanpa kalah.

Untuk rekod, Muhammad Farkhan sebelum ini pernah memenangi tali pinggang kategori ‘light heavyweight’ Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) di Johor Bahru, Januari tahun lalu.

Disiarkan pada: March 11, 2018 @ 9:08pm
d